Belum habis tempoh 14 hari pertama PKP, sekarang kita dah dimaklumkan dengan penambahan 14 hari lagi tempoh tambahan PKP. Mesti ramai yang tak senang duduk dan tak sabar nak melakukan aktiviti harian seperti hari kebiasaan. Untuk sesetengah orang, tempoh PKP ini merupakan peluang untuk merehatkan minda dan fizikal dari tekanan di tempat kerja. Tak kurang juga ada yang menggunakan masa ini untuk movie marathon dan game marathon.
Tak salah nak gunakan masa yang ada dengan melakukan pelbagai aktiviti yang kita suka asalkan aktiviti tu kita buat di rumah sesuai dengan arahan kerajaan agar semua rakyat #stayathome.
Hikmahnya juga bila ada tempoh PKP ni, kita ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga. Kalau korang masih takde aktiviti menarik nak dilakukan dirumah, korang boleh cuba 7 aktiviti ni yang pastinya sangat bermanfaat dan dapat merapatkan lagi hubungan kita sesama ahli keluarga.
1- DIY Hiasan Bilik
Mak2 mesti suka sangat aktiviti ni. Kalau sebelum ni asyik tertunda planning nak deko2 bilik anak, sekarang lah masa yang sesuai.
Mak dan ayah boleh cantikkan dinding bilik dengan lekat home wallpaper. Anak-anak pulak boleh buat origami comel berbentuk bunga dan rama-rama sebagai hiasan tambahan. At the end, anak-anak mesti happy sebab dapat duduk dalam bilik yang ceria dan cantik hasil dari kerjasama dan kreativiti mak ayah dan juga adik beradik.
2- Main Sahibba/Scrabble Malaysia
Alang-alang dah minat main game, apa kata main game yang boleh menambah kosa kata dan menajamkan fikiran macam Sahibba/Scrabble. Untuk permulaan, korang boleh cuba Sahibba/Scrable Bahasa Melayu kemudian boleh upgrade dengan Sahibba/Scrable Bahasa Inggeris.
3- Memasak Bersama
Suka kumpul resepi masakan di FB dan IG ? Haa masa ni lah masa yang sesuai untuk korang cuba pelbagai jenis resepi masakan menggunakan bahan sedia ada dirumah. Dapur akan jadi lebih meriah bila ibu bapa dan anak-anak tidak kira perempuan ataupun lelaki bekerjasama menyiapkan hidangan makanan tengahari atau makan malam. Sambil-sambil tu, ibu bapa dan anak-anak boleh berkongsi cerita menarik antara satu sama lain.
4- Spa Dirumah
Musim PKP ni tak perlu pun nak pergi ke spa atau tempah khidmat mobile spa. Buat je spa dirumah sendiri. Sebagai anak, korang boleh lakukan aktiviti ala spa untuk ibu bapa seperti pedicure, menicure, urutan wajah dan sebagainya.
Nak lagi feel seperti di spa, boleh nyalakan lilin wangi dan pasang muzik lembut dan menenangkan.
5- Story Telling Contest
Untuk aktiviti kelima ni sangatlah mudah nak dibuat. Korang cuma perlukan bahan bacaan yang sesuai dan bagi tugasan pada setiap ahli keluarga untuk faham bahan bacaan yang diberikan dan cerita semula kepada ahli keluarga.
Cadangan min, bahan bacaan seperti sirah sirah Nabi antara bahan bacaan yang bagus. Secara tak langsung, kita dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Nabi dan Rasul kita.
6- Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul
Perkara pertama yang akan dihisab pada hari Akhirat kelak ialah solat. Cara solat yang betul adalah penting untuk memastikan ibadah solat kita diterima Allah.
Sementara masih ada kelapangan masa, apa kata kita isi dengan menyemak semula rukun-rukun solat yang biasa kita lakukan pada setiap hari. Jika ada kesilapan kita boleh perbetulkan terutama sekali kesilapan yang melibatkan pergerakan-pergerakan dalam solat, cara bacaan dan sebagainya.
Kalau sebelum ni kita biasa mengulang baca surah-surah lazim yang sama setiap kali solat, sekarang kita boleh mula hafal surah-surah yang lain. Sekurang-kurangnya, selesai sahaja tempoh PKP ni, kita dah berjaya unlock achievement untuk perkara yang paling penting sebagai bekalan di Akhirat iaitu ibadah solat yang berkualiti.
7- Solat Berjemaah Awal Waktu dan Membaca Alquran
Jika sebelum ini kita terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak sempat hendak berjemaah dan membaca Al Quran bersama keluarga maka, sekarang lah masa yang sesuai untuk kita berbuat demikian. Selesai solat boleh teruskan dengan aktiviti tilawah AlQuran.
Dengan melakukan aktiviti ini, isteri dan anak-anak akan lebih menghormati ayah sebagai pemimpin keluarga, mendisiplinkan diri untuk solat awal waktu serta memperbaiki tajwid bacaan AlQuran.
Macam mana ? Menarik tak aktiviti yang min kongsikan ni ? Min izinkan korang share aktiviti ni pada kawan-kawan yang lain supaya lebih ramai dapat memanfaatkan masa lapang yang ada.
Sebelum korang nak mula praktis aktiviti diatas, min nak kongsi tentang Al Quran Digital MyQalam sebagai alat bantu belajar Alquran terbaik dan serba lengkap yang boleh digunakan oleh kanak-kanak seawal tiga tahun dan juga orang dewasa.
Nak tau lebih lanjut pasal boleh click ni > Al Quran Digital MyQalam